Thursday, January 6, 2011

BAB1 :
KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
( 1 ) Zaman Prasejarah a ) Apakah Zaman Prasejarah.

1. Zaman ini manusia belum mengenali tulisan .
2. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi .
3. Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .
4. Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi .
b ) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik .
1. Hidup secara nomad – berpindah randah .
2. Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua .
3. Cara hidup - kelompok keluarga dan berkumpulan
4. Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .
5. Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni.
c ) Ciri –ciri Zaman Neolitik .
1. Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan tembikar .
4. Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.
d) Ciri – ciri Zaman Logam.
1. Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula meneroka laut.
4. Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).
5. Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.
(2) Tamadun Manusia a) Apakah makna tamadun.
1. Tamadun bererti peradaban.
2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.
4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan pembandaran.
2
5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.
6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.
b) Ciri – ciri tamadun.
1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).
4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran.
(c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku.
1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.
(3) Tamadun Mesopotamia
(a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia.
1. Tamadun paling awal.
2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.
3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.
3
b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku.
1. Bermula daripada zaman Neolitik.
2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.
(b) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.
d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia. 1. Negara Kota :
 Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
 Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
 Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
 Pusat kota – ialah rumah ibadat.
 Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
 Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.
2. Organisasi sosial :
 Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
 Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
 Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .
3. Sistem pemerintahan :
 Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
 Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
 Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
 Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
 Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
 Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
 Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .
4. Pengkhususan kerja :
4
 Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
 Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .
 Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
 Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
 Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
 Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
 Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .
5. Sistem Tulisan :
 Ia bermula dalam bentuk gambar .
 Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
 Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .
e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia . 1. Kod Undang –undang Hammurabi
 Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
 Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
 Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
 Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
 Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
 Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
2. Hasil Tulisan :
 Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
 Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
3. Ilmu pengetahuan :
 Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
 Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
 Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
 Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
4. Pengangkutan :
 Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
 Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
5. Seni bina :
 Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
5
 Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
 Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .
6. Empayar pertama dunia :
 Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
 Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
7. Perpustakaan diraja :
 Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .

No comments: