Thursday, July 29, 2010

TOPIKAL KERTAS 1 T5 JPN KELANTAN 2010

SOALAN-SOALAN OBJEKTIF TOPIKAL
TINGKATAN 5

[BAB 1]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Dialog di bawah mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17?





Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A? m/s 5

A Mencari pasaran
B Mencipta kapal wap
C Mendirikan lebih banyak kilang
D Mengadakan hubungan diplomatik

2 Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di bawah? m/s 7





A Melaksanakan dasar imperialisme
B Mengatasi masalah kepadatan penduduk
C Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat

3 Rajah di bawah adalah slogan penjajah Barat di Timur. m/s7

Slogan Kuasa
Beban Orang Putih British
X Perancis

X ialah

A Asia untuk orang Asia
B Asia tanggungjawab Barat
C Tugas menyebarkan tamadun
D Agama tanggungjawab bersama






4 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat di Asia Tenggara? m/s 8

I Kedudukan pemimpin setempat ditingkatkan
II Pemimpin setempat berkuasa memungut cukai
III Jabatan kerajaan diketuai oleh pegawai Barat
IV Undang-undang Barat digunakan secara meluas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di Asia Tenggara? m/s 8

I Perjuangan secara malitan
II Membentuk organisasi politik
III Mengutamakan isu kebudayaan
IV Golongan intelek menjadi pemimpin

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem di bawah? m/s 9




I Mengutip cukai
II Menjaga keamanan
III Menasihati pemerintah
IV Menyediakan kemudahan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Merujuk pernyataan di bawah, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan m/s 11





A Pungutan suara rakyat
B Pencapaian dalam peperiksaan
C Pelantikan oleh Gabenor Jeneral
D Pencalonan oleh pembesar tempatan

8 Apakah implikasi pengenalan akta di bawah kepada Burma? m/s11

Tahun Perkara

1887
Akta Kampung Ulu Burma

1889 Akta Perkampungan Burma







A Pengaruh golongan agama meningkat
B Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C Kedudukan institusi beraja diperkukuh
D Pendapatan penduduk tempatan merosot

9 Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui m/s 11

A peperiksaan
B pemilihan rakyat
C pelantikan maharaja
D persetujuan golongan bangsawan

10 Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai? m/s 13

A Persaingan kuasa Barat
B Pemantapan kuasa raja
C Pengekalan kemerdekaan
D Penguasaan ekonomi oleh pembesar

11 Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19

Tokoh Perubahan Yang Dibuat
Raja Mongkut Melantik 80 orang penasihat British
Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
Jadual 2

Mengapakah perubahan tersebut berlaku? m/s 13
A Memperkukuhkan sistem pemerinrahan beraja
B Memantapkan pentadbiran kerajaan
C Memelihara kedaulatan negara
D Memenuhi tuntutan rakyat




12 Mengapakah Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang? m/s 15

A Menjejaskan eksport negara
B Mengundang kehadiran pekerja asing
C Mengehadkan jenis tanaman komersial
D Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan


13 Berdasarkan maklumat di bawah, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut? m/s 16

Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke-19

Bandar Anak golongan priyayi
Kampung Anak orang kebanyakan


A Mengelakkan masalah pemberian bantuan
B Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar
C Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
D Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan

14 Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia? m/s 16

A Menghalang perkembangan sekolah agama
B Mengehadkan aktiviti budaya tempatan
C Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
D Memecahbelahlan perpaduan rakyat

15 Jadual di bawah merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.

Novel Penulis
Noli Me Tangere Jose Rizal
Kerikil-kerikil Tajam Chairil Anwar
Putera Gunung Tahan Pak Sako






Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut? m/s 16

A Nasib kaum wanita
B Penindasan oleh penjajah
C Peningkatan status social
D Tuntutan kemerdekaan




16 Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya? m/s 16
A Menubuhkan Katipunan
B Membentuk Liga Filipina
C Melancarkan revolusi bersenjata
D Menyebar fahaman melalui akhbar

17 Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?
m/s 18
I Memajukan kegiatan ekonomi
II Menimbulkan kesedaran politik
III Menyebarkan ilmu pengetahuan
IV Membebaskan diri daripada penjajah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal? m/s 18

A Sekatan pengaruh luar
B Perjuangan tidak berkesan
C Kekurangan sumber kewangan
D Sokongan pemerintah tempatan

19 Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina? m/s 18

A Hak mengundi
B Hak kebebasan bersuara
C Pengembalian kuasa raja
D Pemerintahan kerajaan sendiri

20 Karya di bawah mendedahkan tentang m/s 19

Tokoh Hasil Karya
Raden Adjeng Kartini • Habis Gelap Terbitlah Terang
• Penulisan Seorang Puteri Jawa

A kemunduran rakyat
B kemerosotan ekonomi
C ketidakadilan undang-undang
D kelemahan sistem pemerintahan





21 Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. M/s 20

Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?

A Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C Memperjuangkan kemajuan ekonomi
D Menghindari ancaman sekularisme




[BAB 2]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat? (m/s 30)

I Menguasai daerah mereka
II Mengeksploitasi ekonomi tempatan
III Menyelaraskan penggunaan mata wang
IV Mengekalkan sistem perhambaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831? (m/s 32)

A Menggunakan askar upahan
B Mempunyai tentera yang terlatih
C Membina kubu pertahanan yang kukuh
D Mendapat sokongan pembesar tempatan

3 Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.







Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari? (m/s 32)

A Menduduki Naning
B Membunuh Dol Said
C Merampas hasil penduduk
D Memulau wilayah Naning









4 Jadual 2 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.

Tokoh Negeri
Rentap Sarawak
Mat Salleh Sabah

Mengapakah penentangan tersebut berlaku? (m/s 33-36)

A Pencerobohan kawasan
B Penghapusan sistem perhambaan
C Peningkatan kemasukan imigran
D Paksaan membayar ufti

5 Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat.
Tarikh Peristiwa
21 Julai 1875 Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang.




Mengapakah anda menentang British? (m/s 37)

I Hilang kawasan pegangan
II Hak memungut cukai terhapus
III Larangan memungut hasil hutan
IV Penghapusan hak istimewa pribumi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Peristiwa berikut berlaku di negeri Perak.






Apakah kesan peristiwa tersebut? (m/s 38)

A Pengurangan kuasa sultan
B Pemecatan Sultan Ismail
C Pembunuhan J.W.W Birch
D Pemansuhan jawatan Residen



7 Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan itu dilakukan? (m/s 42)

A Pengenalan pendidikan sekular
B Pengenalan peraturan tanah
C Perlucutan jawatan pembesar
D Pembunuhan penduduk tempatan

8 Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20? (m/s 46)

I Pembukaan bandar baru
II Pertambahan imigran asing
III Penghapusan pendidikan vernakular
IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9 Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?
(m/s 49)
A Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan
B Pembentukan negara yang merdeka
C Penubuhan syarikat kerjasama
D Pemeliharaan tradisi bangsa

10 Mengapakah Gerakan Islah boleh berkembang di Negeri-Negeri Selat? (m/s 50)

A Tiada tentangan ulama
B Banyak sumber kewangan
C Ramai pemimpin berkaliber
D Tiada sekatan undang-undang

11 Senarai berikut merujuk kepada majalah yang diterbitkan di Tanah Melayu pada abad ke -20.
(m/s 52)






Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

A Menghayati ajaran agama
B Menghargai warisan bangsa
C Meningkatkan kemajuan bangsa
D Menggalakkan budaya membaca

12 Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut? (m/s 52)

A Menghargai warisan bangsa
B Memperjuangkan hak wanita
C Memajukan bidang kesusasteraan
D Mengekalkan nilai murni masyarakat

13 Rajah di bawah menyatakan novel karya Pak Sako di Tanah Melayu

Tokoh Hasil Karya
Ishak Haji Muhammad Anak Mat Lela Gila
Putera Gunung Ledang

Karya di atas mendedahkan tentang (m/s 53)

I Mencintai tanah air
II Menghargai warisan bangsa
III Ketidakadilan undang-undang
IV Kelemahan sistem sosial

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


14 Dialog di bawah mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah.







Apakah perbezaan tema novel tersebut? (m/s 53)

A Perpaduan guru
B Kebebasan wanita
C Penentangan penjajahan
D Semangat perjuangan pemuda






15 Apakah kepentingan novel berikut kepada generasi muda pada awal abad ke-20? (m/s 53)






A Menghayati nilai agama
B Meningkatkan ilmu pengetahuan
C Menaikkan semangat kebangsaan
D Menggalakkan budaya membaca



16 Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah (m/s 54)

A mewartakan tanah pertanian
B memberi peluang pendidikan
C mendapatkan petempatan khas
D menyediakan tapak perniagaan

17 Kesedaran berpersatuan di Sabah tidak menonjol berbanding dengan Sarawak.
Mengapakah situasi ini berlaku? (m/s 55-56)

A Keahlian terhad kepada pegawai kerajaan
B Kegiatan berpersatuan kurang diminati
C Kesulitan sistem perhubungan
D Kekurangan sokongan

18 Rajah di bawah merujuk kongres yang diadakan oleh persatuan-persatuan Melayu
Perkara Isu
Kongres Melayu 1939 Kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi
Kongres Melayu 1940 Layanan pilih kasih British kepada anak negeri

Apakah resolusi yang telah diputuskan dalam kongres tersebut yang berkaitan dengan orang Melayu? (m/s 56-57)

A Melibatkan diri dalam pentadbiran
B Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
C Menggalakkan kesedaran untuk bersatu
D Menyelaraskan sistem pendidikan

19 Rajah di bawah menunjukkan pertubuhan yang terbentuk semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu



Apakah strategi yang digunakan oleh pertubuhan di atas untuk melancarkan penentangan terhadap Jepun di Tanah Melayu? (m/s 58)

A Memusnahkan kemudahan awam
B Menggunakan taktik perang gerila
C Bekerjasama dengan pasukan Force 136
D Bergabung dengan Kesatuan Melayu Muda

20 Apakah kesan kekalahan Jepun secara mendadak pada tahun 1945? (m/s 59)

A Kemerosotan kuasa raja Melayu
B Kegagalan gagasan Melayu Raya
C Penentangan terhadap kuasa British
D Perpecahan dalam kalangan orang Melayu


[BAB 3]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan? (m/s 65/SPM 2005)

A Kesetiaan rakyat
B Kegiatan ekonomi
C Konsep ketuhanan
D Kekayan hasil bumi

2 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.
Apakah buktinya? (m/s 80/SPM 2006)

A Pemerintahan raja berkuasa mutlak
B Perlembagaan bertulis yang lengkap
C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
D Persamaan dengan Hukum Kanun Melaka

3. Antara yang berikut , yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka ? (m/s 75/SPM 2007)

I Rakyat
II Kerajaaan
III Negara
IV Bangsa

A I dan 11
B I dan 1V
C II dan III
D III dan IV

4 Mengapakah Count Camilo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik?
(m/s 68/SPM 2008)
A Kestabilan politik terjamin
B Kejayaan menyatukan Itali
C Kerjasama dengan negara jiran
D Kemakmuran ekonomi negara


5 Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.





Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan
(m/s 88/SPM 2008)
A Protokol istana
B Upacara perkahwinan
C Menyambut kelahiran
D Pemilihan pemimpin

6. Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan .






Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?
(m/s 88/SPM 2009)
A Teokrasi
B Demokrasi
C Autokrasi
D Birokrasi

7 Tokoh berikut mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19.

Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut ? (m/s 69/SPM 2009)

A Menyatukan negara
B Melicinkan pentadbiran
C Menghapuskan sistem beraja
D Menggubal perlembagaan moden

8. Anda dapati pembentukan negara bangsa moden di Eropah adalah mengikut sempadan rumpun bangsa.
Apakah tujuan pembentukan negara moden ini? (m/s 67)

A Mengikut peredaran zaman
B Menggantikan bentuk negara feudal
C Mengekalkan kemerdekaan yang dicapai
D Memantapkan pemerintahan sesebuah negara

9. Rajah di bawah menunjukkan hasil Persidangan Ketua-ketua Negara di Paris.



Apakah prinsip yang telah dicadangkan oleh Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson? (m/s 68)

I Sempadan negara berasaskan bangsa
II Penentuan nasib negara oleh rakyat
III Sempadan negara berasaskan kesetiaan
IV Pemberian kebebasan kepada rakyat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

10 Pada tahun 1870, Perancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom.
Apakah implikasi daripada peristiwa tersebut? (m/s 68)

A Pungutan suara rakyat Rom
B Pemisahan Rom daripada Itali
C Pengurangan empayar Perancis
D Pembentukan negara bangsa Itali

11. Bagaimanakah Bismarck berjaya memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan peperangan? (m/s 69)

A Mengunakan pelbagai taktik kotor
B Mengadakan kerjasama dengan Itali
C Melaksanakan sistem kediktatoran
D Menggunakan isu membenci kuasa asing


12 Rajah di bawah menunjukkan negara-negara yang terlibat dalam peperangan dengan Jerman.






Apakah sebab berlakunya perang tersebut? (m/s 70)

A Menyatukan negara
B Menguasai ekonomi
C Mengurangkan birokrasi
D Meningkatkan status sosial

13. Rajah di bawah menerangkan ciri-ciri Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.






X merujuk kepada (m/s 82)

A Sultan
B Menteri Besar
C Majlis Negeri
D Jemaah Pangkuan Negeri

14. Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.





Apakah fungsi kedaulatan ini? (m/s 76)

A Lingkungan pengaruh yang luas
B Rakyat menerima pemerintahan raja
C Menguatkuasakan undang-undang
D Memastikan negara bebas daripada penjajahan


15. Rajah di bawah berkaitan dengan negeri-negeri warisan Kesultanan Melayu Melaka





Mengapakah negeri-negeri tersebut dianggap sebagai warisan Kesultanan Melayu Melaka ? (m/s 80)

I Merupakan negeri naungan Melaka
II Berkahwin dengan kerabat diraja Melaka
III Pemerintah menggunakan gelaran sultan
IV Mengamalkan sistem pembesar Empat Lipatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


16. Rajah di bawah menunjukkan susun lapis masyarakata Melayu tradisional.


Sultan/Raja

Keluarga & Kerabat
_diraja

Ulama istana/pembesar & pentadbir

Q


Apakah tanggungjawab Q pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka? (m/s 74)

I Mempertahankan negara
II Mentaati raja yang memerintah
III Menguruskan pentadbiran negara
IV Menguatkuasakan undang-undang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya,kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
Bagaimanakah bangsa Malaysia dapat di bentuk? (m/s 67)

A Pengamalan Rukun Negara
B Pelaksanaan Rukun Islam
C Pengenalan gagasan Malayan Union
D Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

18. Rajah di bawah menunjukkan lambang-lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.






Apakah kepentingan alat-alat kebesaran di atas? (m/s 76)

A Kedaulatan raja dalam pemerintahan
B Membezakan taraf raja dengan rakyat
C Pengukuhan kuasa kepada pemerintah
D Kerajaan diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka

19 Pada tahun 1842, Sultan Muhammad 11 telah melantik golongan yang bergelar Nik dan Wan menggantikan kerabat diraja sebagai pembesar.
Apakah kesan pelantikan tersebut? (m/s 83)

A Bermula perebutan kuasa oleh kerabat diraja
B Bermula mobiliti sosial dalam struktur mastarakat
C Menyumbang kepada pengukuhan kewibawaan sultan
D Menyumbang kepada pembentukan sistem jemaah menteri

20 Undang –undang Tubuh Kerajaan Terengganu digubal semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
Keistimewaan undang-undang tersebut mengubah pemerintahan kepada corak
(m/s 85)
A sistem republik
B pemusatan kuasa
C sistem demokrasi
D raja berperlembagaan


21 Dailog di bawah memperlihatkan ciri perlembagaan pembinaan negara bangsa Malaysia.





Jawapan yang mungkin diberikan oleh Fuad ialah untuk ( buku teks m.s. 74 )

A menyatupadukan penduduk
B mengukuhkan pemerintahan beraja
C menyeragamkan pentadbiran negara
D menjamin perlindungan kepada rakyat

[BAB 4]
ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946? (m/s 95)

A Menyekat pengaruh dan campur tangan luar
B Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
C Mengurangkan kemasukan orang dagang
D Menghapuskan negara dan bangsa Melayu


2 Rajah di bawah menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.
Sebelum Perang Dunia Kedua
• Negeri- Negeri Selat
• Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
• Negeri-Negeri Tidak Bersekutu
(m/s 95)
Selepas Perang Dunia Kedua

Malayan Union






Apakah tujuan British melakukan perubahan di atas?

A Melicinkan pentadbiran
B Memajukan penduduk tempatan
C Menghapuskan sempadan negeri
D Menghapuskan pengaruh komunis

3 Rajah berikut menunjukkan penyatuan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran Malayan Union. (m/s 95-96)







Mengapakah British bertindak demikian?

A Menjimatkan kewangan kerajaan
B Memelihara hak istimewa peribumi
C Memperkukuh pemerintahan beraja
D Melatih penduduk tempatan mentadbir




4 Apakah tindakan yang akan diambil oleh British sekiranya sultan Kedah, Sultan Badlishah tidak menerima Malayan Union? (m/s 98)

A Dibuang negeri
B Kehilangan takhta
C Hukuman penjara
D Pemberian pencen

5 Mengapakah orang dagang menyokong Malayan Union? (m/s 99-100)

I Dasar sama rata
II Pemerintahan bersifat Barat
III Pentadbiran yang cekap dapat diwujudkan
IV Diberikan keistimewaan dalam bidang ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Senarai berikut menerangkan pertubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. (m/s 100)






Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut?

A Menentang kemasukan kaum imigran
B Menentang pembentukan Sistem Ahli
C Menyokong pendidikan sekular
D Menyokong Malayan Union


7 Apakah peranan akhbar di bawah semasa Malayan Union diperkenalkan?
(m/s 100)
Akhbar Tempat
Utusan Melayu Singapura
Majlis Kuala Lumpur
Warta Negara Pulau Pinang








A Menyeru orang Melayu bersatu
B Menganjurkan pertubuhan politik
C Menyebarkan ideologi demokrasi
D Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

8 Apakah peristiwa di bawah terhadap orang Melayu? (m/s 102)

Tahun Peristiwa
1946 Pengenalan Malayan Union




A Perpaduan kukuh
B Ekonomi meningkat
C Budaya berkembang
D Kuasa sultan bertambah

9 Piagam di bawah dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
(m/s 104)

Piagam Atlantik 1945






Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam di atas? (m/s 104)

A Dasar liberalisasi
B Amalan realpolitik
C Dasar dekolonisasi
D Amalan monarki

10 Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya dan Pusat Tenaga Rakyat ditubuhkan bertujuan untuk (m/s 105)

A Bekerjasama dengan British membentuk Persekutuan Tanah Melayu
B Mengadakan rundingan dengan British berkaitan dengan kerakyatan
C Menentang British dan UMNO membentuk Persekutuan Tanah Melayu
D Menolak semua prinsip dan syarat kerakyatan dalam Malayan Union

11 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kandungan perlembagaan di bawah? (m/s 106)




I Kerakyatan secara naturalisasi
II Konsep Raja Berperlembagaan
III Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
IV Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


12 Apakah kesan daripada persetujuan di bawah? (m/s 107)







A Pesuruhjaya Tinggi berkuasa melantik Menteri Besar
B Perkongsian kuasa antara Pesuruhjaya Tinggi dengan Majlis Raja-Raja
C Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dibentuk
D Sultan menjaga hak dan kedudukan istimewa orang Melayu

13 Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintah beraja di Tanah Melayu? (m/s 107)

A Pelaksanaan sistem penasihat
B Penubuhan Majlis Raja-Raja
C Penyelarasan sistem pewarisan takhta
D Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

14 Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (m/s 108)

A Kebebasan berpolitik
B Menguasai pentadbiran
C Menentukan kerakyatan
D Kedudukan isitmewa dilindungi

15 Mengapakah British memperkenalkan semula Rakyat Raja Melayu dalam syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu? (m/s 108)

A Mengukuhkan kuasa pembesar
B Mendapatkan taat setia rakyat
C Memantapkan struktur pentadbiran negeri
D Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu

16 Apakah yang diperjuangkan oleh kedua-dua tokoh di bawah (m/s 109)

Tokoh Negara
• Dato’ Onn Jaafar
• Dato’ Nik Ahmed Kamil




A Kerakyatan jus soli kepada semua orang dagang
B Menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
C Mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu
D Penyatuan orang Melayu melalui Persatuan Melayu Kebangsaan


17 Sikap kerjasama Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu dalam
merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 diumpamakan seperti (m/s 110)

A bulan jatuh ke riba
B aur dengan tebing
C menatang minyak yang penuh
D orang mengantuk disorongkan bantal

18 Apakah tujuan Vyner Brooke menghantar Gerald MacBryan berunding dengan
pembesar tempatan? (m/s 110)

A Menamatkan penguasaan asing
B Penyerahan Sarawak kepada British
C Pemulihan kuasa pembesar tempatan
D Mengembalikan kedudukan Raja Putih

19 Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun1946. Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?
(m/s 110)
A Mencanggahi Perlembagaan 1941
B Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri
C Mengugut pembesar bagi mendapat persetujuan
D Menghapus hak istimewa pemimpin tempatan

20 Maklumat berikut berkaitan keadaan politik di Sabah sekitar tahun 1940-an.
(m/s 112)






Apakah kesan daripada keadaan tersebut?

A Penyerahan Sabah tidak ditentang secara terbuka
B Pentadbiran SBUB melaksanakan dasar pemusatan kuasa
C Pemimpin Sabah tidak terlibat dalam sistem birokrasi barat
D Pegawai SBUB bebas memperkenalkan pentadbiran baru

[BAB 5]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Kata-kata di bawah mungkin berlaku pada Februari 1957




Kesan daripada persetujuan di atas dalam Pakatan Murni menyebabkan pemimpin bukan Melayu bersetuju menerima
(m/s 126/SPM 2004)
I Agama persekutuan
II Bahasa kebangsaan
III Prinsip kehakiman negara
IV Kedaulatan negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Apakah kepentingan pembentukan sistem di bawah? (m/s 119/SPM 2007)



I Melatih berkerajaan sendiri
II Memulakan proses pakatan murni
III Memperoleh kerakyatan yang sama
IV Mendapatkan sokongan padu rakyat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan
kemerdekaan.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
(m/s 125/SPM 2007)
A Menganjurkan rundingan antara kaum
B Melantik pegawai pentadbiran yang baru
C Mencadangkan tarikh pilihan raya
D Merangka perlembagaan


4 Mengapakah parti berikut ditubuhkan?
(m/s 121/SPM 2008)
Parti Parti Kemerdekaan Malaya
Pengasas Dato’ Onn Jaafar
Tahun penubuhan 1951

A Menyekat pengaruh komunis
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Mempertahankan hak peribumi
D Mengurangkan pengaruh golongan radikal

5 Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?
(m/s 119/SPM 2008)
A Mengukuhkan kuasa penjajah
B Memelihara hak penduduk peribumi
C Melatih pemimpin dalam pentadbiran
D Memperaku kuasa pembesar tempatan

6. Jadual di bawah menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Parti Bilangan Kerusi Yang Dimenangi
Perikatan 51
PAS 1




Apakah menifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut? (m/s 122/SPM 2009)

A Peningkatan taraf kesihatan penduduk
B Pengekalan sistem pentadbiran barat
C Peluang pekerjaan kepada rakyat
D Perjuangan kemerdekaan tanah air

7. Gambar di bawah menunjukkanTunku Abdul Rahman sedang diarak di bandar Hilir, Melaka pada 26 Februari 1956.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?
(m/s 124/SPM 2009 )
A Pengistiharan tarikh kemerdekaan
B Kunjungan pemimpin negara
C Kempen pilihan raya umum
D Pembentukan Persekutuan Malaysia

8. Apakah tujuan tokoh-tokoh di bawah mengadakan rundingan di King’s House, Kuala Lumpur dengan Sir Henry Gurney pada bulan Julai 1950? (m/s117)

Dato’ Onn Ja’afar Wakil Melayu
Dr. Lee Tiang Keng Wakil Cina
Dato’ E.E.C. Thuraisingam Wakil India

A Membincangkan kemerdekaan
B Membincangkan masalah perpaduan
C Membincangkan pilihan raya umum
D Membincangkan pelaksanaan Sistem Ahli


9. Rajah di bawah berkaitan dengan perlaksanaan Sistem Ahli


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Sistem Ahli? (m/s117)

I Kabinet Bayangan
II Anggotanya dipanggil ahli
III Ahli dilantik oleh Ratu Britain
IV Terdiri daripada lapan orang anggota

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Apakah matlamat utama Sistem Ahli? (m/s117)

A Menuntut kemerdekaan
B Mengukuhkan pertahanan
C Menyelaraskan sistem pentadbiran
D Melatih penduduk tempatan mentadbir


11. Rajah di atas menunjukkan bilangan anggota dalam Sistem Ahli. Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota Sistem Ahli? (m/s117)



A Sultan
B Ratu Britain
C Parlimen Britain
D Pesuruhjaya Tinggi British

12. Berdasarkan maklumat di bawah, X ialah (m/s119)


A Sistem Ahli
B Pakatan Murni
C Majlis Perundangan Negara
D Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

13. Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan idea di bawah? (m/s121)

Tahun 1951
Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.

A Menyatupadukan semua kaum
B Mengurangkan tekanan komunis
C Mempercepatkan proses kemerdekaan
D Memberi peluang kepada semua kaum melibatkan diri dalam politik


14 berdasarkan maklumat di bawah, mengapakah IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di Tanah Melayu? (ms121)


A Mereka tidak faham tentang perjuangan IMP
B Mereka enggan melibatkan diri dalam politik tempatan
C Mereka lebih yakin kepada pembentukan Parti Perikatan
D Mereka tidak merasakan mereka sebagai satu bangsa Tanah Melayu

15 Berdasarkan maklumat di bawah, apakah tujuan penubuhan persidangan tersebut? (m/s121)



I Mencapai kemerdekaan
II Mewujudkan kerjasama ekonomi
III Mengurangkan perasaan perkauman
IV Mengasaskan pembentukan Parti Perikatan


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


16 Apakah persamaan kedua-dua peristiwa di bawah? (m/s121)



A Menuntut kemerdekaan
B Mengadakan pilihan raya
C Menubuhkan Parti Perikatan
D Mewujudkan kerjasama politik


17 Apakah peranan penting tokoh-tokoh di atas? (m/s121)



A Menganggotai Sistem Ahli
B Menganjurkan Persidangan Kebangsaan
C Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
D Memulakan kerjasama UMNO-MCA dalam pilihan raya

18 Maklumat di bawah berkaitan dengan cadangan Jawatankuasa Pilihan Raya tentang keanggotaan dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Siapakah X?
(m/s 122)

A Pesuruhjaya Tinggi British
B Pegawai Kanan British
C Raja-Raja Melayu
D Jemaah Menteri

19 Apakah faktor utama yang membolehkan Parti Perikatan mencapai kemerdekaan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
(m/s122)
A Sokongan British
B Permuafakatan kaum
C Tidak ada saingan parti lain
D Keyakinan penduduk kepada kepimpinan tempatan

20 Rombongan di bawah telah bertolak ke London pada bulan Februari 1956. Apakah matlamat utama rombongan di atas? (m/s 123)


A Membentuk kerajaan
B Merunding kemerdekaan
C Menggubal perlembagaan
D Menyusun struktur pentadbiran


21 Empat orang wakil Parti Perikatan di bawah bersama-sama dengan wakil raja-raja Melayu telah berlepas ke London pada bulan Februari 1956. Siapakah X? (ms123 )



A Kolonel H.S. Lee
B Tun Tan Cheng Lock
C Dato’ Hamzah Abdullah
D Dato’ E.E.C. Thuraisingam

22 Apakah gagasan yang dibawa oleh Parti Kemerdekaan Malaya? (m/s 121)

A Kerjasama kaum untuk mencapai kemerdekaan
B Kerjasama kaum menentang ancaman komunis
C Kerjasama kaum menentang pihak British
D Kerjasama kaum dalam sebuah parti


23 Apakah tanggungjawab utama Suruhanjaya Reid? (m/s 125)

A Menyerahkan kuasa kepada Persekutuan Tanah Melayu
B Membentuk kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
C Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
D Memerhatikan pelaksanaan pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

24 Pada mulanya pemberian kerakyatan jus soli kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu. Akhirnya prinsip ini telah diterima oleh raja-raja Melayu dengan syarat (m/s 126)

A orang dagang membuat permohonan secara rasmi
B orang dagang memberi taat setia kepada negara ini
C orang dagang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu
D orang dagang berjanji akan bersama-sama membangunkan negara

[BAB 6]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Apakah idea yang dicadangkan oleh tokoh-tokoh berikut? (m/s 137)






A Indonesia Raya
B Pembentukan Malaysia
C Gagasan Malayan Union
D Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

2 Mengapakah tokoh di atas mengemukakan idea penggabungan tersebut?
(m/s 138-139)
Tokoh Tuanku Abdul Rahman
Tarikh 27 Mei 1961
Idea Penggabungan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei






I Meningkatkan ekonomi
II Mempercepat kemerdekaan
III Menyediakan kemudahan sosial
IV Mengukuhkan institusi kesultanan

A I dan II
B I dan IV
C II dan IIII
D III dan IV

3 Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim pada bulan April
1961 membimbangkan kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew.
Mengapakah kerajaan Singapura bimbang dengan kemenangan itu?
(m/s 139)
A Melambatkan penyertaan dalam Malaysia
B Memecahbelahkan perpaduan rakyat
C Menggugat rancangan kemerdekaan
D Mengukuhkan kedudukan British


4 Faktor politik yang mendorong kepada pembentukan Gagasan Malaysia adalah
(m/s 139)
A desakan British
B ancaman komunis
C pengaruh Indonesia
D keseimbangan kaum

5 Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim pada April 1961 membimbangkan kerajaan pimpinan Lee Kuan Yew
Mengapakah kerajaan Singapura bimbang dengan kemenangan tersebut?
(m/s 139)
A Melambatkan penyertaan dalam Malaysia
B Memecahbelahkan perpaduan rakyat
C Menggugat rancangan kemerdekaan
D Mengukuhkan kedudukan British

6 Apakah kesan penubuhan Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara? (m/s 140)

A Mewujudkan kestabilan politik
B Melahirkan kerjasama ketenteraan
C Mengeratkan perpaduan antara negara
D Menghindarkan campur tangan kuasa asing

7 Apakah kepentingan penubuhan Malaysia dari segi ekonomi? (m/s 140)

I Wujud pasaran yang lebih luas
II Perkembangan industri pertanian
III Menggalakkan kemasukan buruh
IV Kemajuan perdagangan antarabangsa

A I dan II
B I dan IV
C II dan IIII
D III dan IV

8 Mengapakah Barisan Sosialis Singapura menentang penggabungan Singapura ke dalam Malaysia? (m/s 141)

A Kemenangan mereka dalam pilihan raya tidak diiktiraf
B Malaysia dianggap sebagai neokolonialisme
C Singapura kehilangan kepentingan ekonomi
D Pengaruh parti akan berkurangan


9 Andainya anda seorang pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PETIR) di Singapura.
Mengapakah anda bersetuju bergabung dengan Malaysia? (m/s 141)

A Bertambahnya pengaruh Barisan Sosialis
B Mengimbangkan kadar pertumbuhan kaum
C Menjana perkembangan sosioekonomi
D Benteng kukuh menghadapi British

10 Maklumat di bawah ini merujuk kepada parti-parti politik di Singapura. (m/s 141)





Apakah persamaan parti-parti di atas tentang pembentukan Malaysia?

A Menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh
B Menggesa pilihan raya diadakan sebelum Malaysia dibentuk
C Menggugut British memberi kemerdekaan kepada Singapura
D Menuntut Hak Wilayah Asingan diberikan kepada Singapura

11 Apakah persamaan perjuangan parti politik di bawah? (m/s 143)

Tahun Parti
1961 Parti Perikatan Sabah
1962 Parti Perikatan Sarawak






A Menyekat pengaruh komunis
B Mengembalikan kuasa rakyat
C Menuntut kemerdekaan negeri
D Menyokong gagasan Malaysia

12 Maklumat berikut merujuk kepada penubuhan Parti Perikatan Sarawak.

Tahun Peristiwa

1962 Parti PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, dan, PESAKA membentuk Parti Perikatan Sarawak.

Apakah kesan penubuhan parti tersebut? (m/s 143)

A Meneruskan sistem politik tradisional
B Menamatkan pemerintahan Brooke
C Merealisasikan pembentukan Malaysia
D Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo

13 Apakah perkara penting yang disentuh dalam Hak Wilayah Asingan dalam Perkara 20 di Sabah dan di Sarawak? (m/s 144)

I Tanah
II Agama Islam
III Peruntukan kewangan
IV Undang-Undang Negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari telah melancarkan Pemberontakan Brunei untuk menentang gagasan Malaysia.

Mengapakah pemberontakan tersebut dilancarkan? (m/s 145)

A Menjaga hak peribumi
B Tekanan penjajah British
C Mengawal sumber negeri
D Berhasrat menubuhkan Persekutuan Borneo

15 Jadual di bawah menerangkan perisitiwa penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia.

Tarikh
20 Januari 1963
Peristiwa Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
Kempen Ganyang Malaysia

Mengapakah Indonesia bertindak demikian? (m/s 146)

A Terpengaruh dengan dakyah komunis
B Tidak dijemput untuk berunding
C Terpedaya dengan penjajah Belanda
D Tindakan perluasan wilayah terhalang


16 Pernyataan di bawah menerangkan tindakan Indonesia





Apakah tindakan yang diambil oleh Malaysia dalam hal tersebut? (m/s 146-147)

I Melaksanakan sekatan ekonomi
II Menghantar bantahan kepada ASEAN
III Menjalinkan hubungan dengan negara Afro-Asia
IV Mendapatkan bantuan tentera daripada Komanwel

A I dan II
B I dan IV
C II dan IIII
D III dan IV


17 Apakah peristiwa yang membuka laluan kepada pemulihan hubungan diplomatik Indonesia dengan Malaysia? (m/s 147)

A Perjanjian diplomatik Indonesia-Malaysia
B Penubuhan MAPHILINDO
C Perubahan dasar kepimpinan Malaysia
D Penamatan kuasa Soekarno oleh Jeneral Soeharto

18 Rajah di bawah menerangkan reaksi negara-negara jiran semasa penubuhan Malaysia.





Apakah cara penyelesaian bantahan tersebut? (m/s 148)

A Campur tangan PBB
B Penubuhan ASA
C Pembentukan ASEAN
D Penubuhan MAPHILINDO


19 Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada bulan Julai 1961.

Jawatankuasa Pengerusi
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum Donald Stephens

Apakah peranan jawatankuasa tersebut? (m/s 149)

A Merangka perlembagaan negara
B Menetapkan tarikh pilihan raya umum
C Menjelaskan tentang gagasan Malaysia
D Merintis kerjasama pelbagai parti politik

20 Mengapakah pembentukan Malaysia ditunda pada 16 September 1963?
(m/s 152)
I Pemberontakan rakyat Brunei
II Perlembagaan Malaysia masih digubal
III Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
IV Tentangan Indonesia dan Filipina yang berterusan

A I dan II
B I dan IV
C II dan IIII
D III dan IV

21 Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963? (m/s 155)

A Menentukan agama rasmi negeri
B Mengawal hal ehwal imigresen
C Menentukan dasar luar negeri
D Mengawal sumber kewangan negeri

22 Apakah perkara yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diisytiharkan pada
26 Ogos 1963? (m/s 155)

I Hak Sabah mengawal perkhidmatan awam
II Hal ehwal luar negeri tanggungjawab negeri
III Pertahanan di bawah kawalan kerajaan negeri
IV Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[BAB 6] (siri 2)

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia

Tokoh Tuanku Abdul Rahman
Tarikh 27 Mei 1961
Idea Penggabungan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei

Mengapakah tokoh di bawah mengemukakan idea penggabungan tersebut?
(m/s 138)
I Mengembangkan ekonomi
II Menamatkan penjajahan British
III Menyediakan kemudahan sosial
IV Mengukuhkan institusi kesultanan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim pada bulan April 1961 membimbangkan kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew.
Mengapakah kerajaan Singapura bimbang dengan kemenangan itu?
(m/s 139)
A Melambatkan penyertaan dalam Malaysia
B Memecahbelahkan perpaduan rakyat
C Menggugat rancangan kemerdekaan
D Mengukuhkan kedudukan British

3 Apakah persamaan perjuangan parti politik di bawah

Tahun Parti
1961 Parti Perikatan Sabah
1962 Parti Perikatan Sarawak
(m/s 143)
A Menyekat pengaruh komunis
B Mengembalikan kuasa rakyat
C Menuntut kemerdekaan negeri
D Menyokong gagasan Malaysia

4 Jadual 3 menerangkan perisitiwa penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia.

Tarikh
20 Januari 1963
Peristiwa Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
Kempen Ganyang Malaysia
(m/s 146)
Mengapakah Indonesia bertindak demikian?

A Terpengaruh dengan dakyah komunis
B Tidak dijemput untuk berunding
C Terpedaya dengan penjajah Belanda
D Tindakan perluasan wilayah terhalang


5 Maklumat berikut merujuk kepada penubuhan Parti Perikatan Sarawak.

Tahun Peristiwa

1962 Parti PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, dan, PESAKA membentuk Parti Perikatan Sarawak.
(m/s 143)
Apakah kesan penubuhan parti tersebut?
A Meneruskan sistem politik tradisional
B Menamatkan pemerintahan Brooke
C Merealisasikan pembentukan Malaysia
D Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo


6. Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada bulan Julai 1961.



Jawatankuasa

Pengerusi

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Donald Stephens


Apakah peranan jawatankuasa tersebut ? (ms 149)

A Merangka perlembagaan negara
B Menetapkan tarikh pilihan raya umum
C Menjelaskan tentang gagasan Malaysia
D Merintis kerjasama pelbagai parti politik

7 Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 ?
(m/s 155)
A Menentukan agama rasmi negeri
B Mengawal hal ehwal imigresen
C Menentukan dasar luar negeri
D Mengawal sumber kewangan negeri

8 Apakah perkara yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diisytiharkan pada 26 Ogos 1963 ?
(m/s 155)
I Hak Sabah mengawal perkhidmatan awam
II Hal ehwal luar negeri tanggungjawab negeri
III Pertahanan di bawah kawalan kerajaan negeri
IV Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9 Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari telah melancarkan Pemberontakan Brunei untuk menentang gagasan Malaysia.
Mengapakah pemberontakan tersebut dilancarkan ?
(m/s 145)
A Menjaga hak peribumi
B Tekanan penjajah British
C Mengawal sumber ekonomi
D Berhasrat menubuhkan Persekutuan Borneo

10 Apakah kesan penubuhan Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara
(m/s 152)
A Mewujudkan kestabilan politik
B Melahirkan kerjasama ketenteraan
C Mengeratkan perpaduan antara negara
D Menghindarkan campur tangan kuasa asing

11 Faktor politik yang mendorong kepada pembentukan Gagasan Malaysia adalah
(m/s 139)
A desakan British
B ancaman komunis
C pengaruh Indonesia
D keseimbangan kaum

12 Merujuk pernyataan di bawah, alasan yang mendorong Lee Kuan Yew mendesak penggabungan tersebut adalah
(m/s 139)
A mengahadapi ancaman komunis
B memperlihatkan semangat setia kawan
C mewujudkan kerjasama ekonomi serantau
D menghapuskan rancangan berhaluan kiri

13 Apakah peranan Suhanjaya Cobbold
(m/s 150)
I Mencadangkan pembentukan Malaysia
II Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak
III Membuat penilaian tentang gagasan Malaysia
IV Mengemukakan draf awal kemerdekaan Tnah Melayu

A Idan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore telah melaporkan pendirian penduduk Serawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.

Apakah pendirian mereka
(m/s 151)
A Mahu menyertai Malaysia
B Mahu bergabung dengan Brunei
C Mahu kekal sebagai tanah jajahan British
D Mahu mendapatkan kemerdekaan

15 Apakah tujuan penubuhan Malaysia
(m/s 138)
A Membendung pengaruh komunis
B Mewujudkan negara merdeka
C Mengekalkan pentadbiran
D Menyatupadukan bangsa


16 Apakah kepentingan penubuhan Malaysia dari segi ekonomi?
(m/s 140)
I Wujud pasaran yang lebih luas
II Perkembangan industri pertanian
III Menggalakkan kemasukan buruh
IV Kemajuan perdagangan antarabangsa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Berdasarkan dialog di atas, siapakah pemimpin parti tersebut?
(m/s 145)




A A.M. Azahari
B Donald Stephen
C Datu Mustapha
D Temenggung Jugah

18. Maklumat di bawah berkaitan dengan dasar konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia



(m/s 147)
Apakah tindakbalas Malaysia yang menggambarkan kebijaksanaan pemimpin negara?

A Menghantar surat bantahan kepada kerajaan Indonesia
B Mengadakan persidangan memulihkan nama baik Malaysia
C Memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Indonesia
D Menghantar delegasi ke Afrika menjelaskan hubungan Malaysia-Indonesia


19 Hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia telah tamat apabila peristiwa di bawah dihentikan oleh Indonesia.

Ganyang Malaysia – 20 Januari 1963





Apakah yang menamatkan peristiwa tersebut
(m/s 147)
A Kekalahan Indonesia
B Kejatuhan Soekarno
C Campurtangan Amerika Syarikat
D Aahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

20 Maklumat di bawah berkaitan dengan Pembentukan Malaysia

Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu

Beliau mendesak penggabungan tersebut kerana
(m/s 139)
A menghadapi ancaman komunis
B mewujudkan kerjasama serantau
C memperlihatkan semangat setia kawan
D menghapuskan rancangan parti berhaluan kiri

[BAB 7]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Berdasarkan pantun di bawah, apakah unsur yang boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Malaysia?
(m/s 162/SPM 2004)





I Kestabilan politik
II Perpaduan rakyat
III Kebebasan bercakap
IV Pembentukan kerajaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Berdasarkan maklumat di bawah, apakah perkara yang membolehkan kerakyatan seseorang dilucutkan? (m/s 164/SPM 2004)





A Melanggar undang-undang
B Bermastautin di negara lain
C Tidak mentaati Rukun Negara
D Mempunyai kerakyatan negara lain

3. Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? (m/s 177/SPM 2005)

I Menetapkan manifestor parti
II Mengendalikan penamaan calon
III Menguruskan pendaftaran pengundi
IV Menentukan calon yang layak bertanding

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV



4. Mengapakah Jata Negara penting kepada warganegara Malaysia?
(m/s 187/SPM 2006)
I Memupuk perpaduan
II Menanam semangat waja
III Mengukuhkan kedaulatan sultan
IV Menerapkan semangat kekitaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Maklumat di bawah berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia.


Putrajaya – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Selasa, 16 Januari 2007 sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Raub , Pahang, manakala pengundian pada Ahad, 28 Januari 2007.

Sumber: Berita Harian,
6 Januari 2007


Jika seseorang berminat untuk bertanding dalam pilihan raya di atas, apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi? (m/s 179/SPM 2007)

I Bebas daripada kemuflisan
II Melepaskan jawatan dalam kerajaan
III Menjadi ahli dalam sebuah parti politik
IV Berumur sekurang- kurangnya 30 tahun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I dan IV


6. Perlembagaan Malaysia menetapkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa baginda? (m/s 168/SPM 2007)

I Membubarkan Parlimen
II Mengisytiharkan darurat
III Mengetuai Kerajaan Persekutuan
IV Mempengurusikan perkhidmatan awam

A I dan II
B I dan VI
C II dan III
D II dan III

7. Encik Abu telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia beliau tidak layak untuk
(m/s 179/SPM 2008)
A Menjadi calon pilihan raya
B Menyertai parti politik
C Mendaftar sebagai pengundi
D Menjalankan kempen pilihan raya

8. Apakah syarat pindaan perlembagaan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu? (m/s 166/SPM 2008)

A Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen
B Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen
C Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja
D Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak

9. Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.

Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda? (m/s 165/SPM 2009)

A Perubahan ekonomi semasa
B Mengelak tekanan pihak luar
C Memastikan kelancaran pentadbiran
D Mematuhi perintah Majlis Raja-Raja


10. Maklumat berikut merujuk kepada pelembagaan Malaysia.




Apakah sifat yang perlu dimiliki oleh perlembagaan tersebut?
(m/s 163/SPM 2009)


A Keaslian
B Ketertiban
C Keluhuran
D Kedaulatan


11. Maklumat berikut merupakan pindaan yang dilakukan dalam perlembagaan untuk menjamin keamanan negara.

Apakah perkara tersebut? (m/s 165)

I Bidang kuasa Perdana Menteri
II Kewibaan Mahkamah
III Pemerintahan beraja
IV Kedudukan bahasa melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Andaikan Dato’Jefri dilantik sebagai Senator.Perkara manakah boleh dikaitkan dengan jawatan beliau? (m/s 165)

A Dipilih melalui pilihan raya
B Menganggotai Dewan Rakyat
C Dilantik oleh Yang Di-Pertuan agung
D Menyandang jawatan selama lima tahun


13. Rajah berikut menunjukkan bidang tugas mahkamah.









Apakah X?

A Mentafsir pelembagaan negara
B Menggubal undang-undang negara
C Meluluskan undang-undang Parlimen
D Mengisytiharkan undang-undang darurat

14. Maklumat berikut merupakan badan bebas dalam pelaksanaan dasar kerajaan.




Suruhanjaya tersebut menguruskan (m/s 174)

A pentadbiran jabatan
B pelaksanaan dasar kerajaan
C peruntukan kewangan kementerian
D Pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai

15. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem majoriti mudah dalam amalan pilihan raya di Malaysia. (m/s 177)

A Parti dipilih berdasarkan pilihan raya
B Calon dipilih berdasarkan pilihan raya
C Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang
D Parti yang mendapat undi terbanyak dikira menang

16. Sistem pemerintaan Demokratik Berparlimen dan Raja Berpelembagaan telah diamalkan di Malaysia sejak 1957.

Apakah kepentingan sistem tersebut? (m/s 162)

A Melambangkan kedaulatan pemerintah
B Mengukuhkan institusi kesultanan
C Melambangkan kedaulatan rakyat
D Mengukuhkan hak peribumi

17. Manakah antara berikut merujuk kepada senarai bersama
(m/s 185)
I Undang-undang Islam
II Kebajikan sosial
III Taman Negara
IV Kerajaan tempatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18. Semua hakim dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Mengapakah hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik?
(m/s 176)
A Kekangan jangka masa bertugas
B Pertindanan bidang kuasa yang ada
C Jaminan keselamatan undang-undang
D Keutamaan keselamatan peribadi

19. Maklumat berikut menerangkan berkaitan Perlembagaan Malaysia 1957.




Mengapakah Perlembagaan Malaysia dipinda? (m/s 165)

A melindungi kepentingan rakyat
B Mengemaskini perlembagaan negara
C mencontohi sistem perundangan Barat
D memantapkan pentadbiran kerajaan pusat

20. Pernyataan di bawah merujuk kepada; (m/s 163)




A hak asasi rakyat
B keluhuran perlembagaan
C kesopanan dan kesusilaan
D kedaulatan undang-undang

[BAB 8]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1. Apakah persamaan agensi kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Pertama?
(m/s 200)
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

A. Mempelbagaikan jenis tanaman
B. Menumpukan pembangunan luar Bandar
C. Mengawal kemasukan bahan makanan import
D. Melatih bumiputra dalam bidang perindustrian

2. Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar di bawah?
(m/s 209)
Tahun Perkara Matlamat
1984
Dasar kependudukan
Meningkatkan jumlah penduduk Malaysia menjadi 70 juta dalam tempoh 115 hingga 120 tahun








I. Menambahkan bilangan tenaga kerja
II. Merapatkan jurang ekonami antara kaum
III. Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran
IV. Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Apakah tujuan penubuhan badan berkanun di bawah? (m/s 200)

• Ditubuhkan pada 1956
• Menyediakan kemudahan asas
• Mewujudkan petempatan baru

A. Memasarkan hasil pertanian
B. Menggalakkan kegiatan industri desa
C. Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan
D. Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

4. Apakah badan yang dipertanggungjawabkan terhadap Dasar Penswastaan?
(m/s 207)
A. Majlis Gerakan Negara
B. Majlis Perundingan Negara
C. Unit Perancangan Ekonomi
D. Pusat Daya Pengeluaran Negara

5. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Rukun Negara? (m/s 211)

I. Berfikiran kreatif
II. Menanamkan taat setia
III. Memupuk keharmonian
IV. Memberi kebebasan mutlak

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Antara berikut,yang manakah syor laporan di bawah? (m/s 214)

Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum.

I. Aliran vokasional diperkenalkan
II. Sistem persekolahan bercorakkan integrasi
III. Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum
IV. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV


7. Dalam Rnacangan Malaysia Keempat, zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di (m/s 203)

I. Bintulu
II. Melaka
III. Bayan Lepas
IV. Sungai Way


A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV


8. Apakah tindakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menilai pelaksanaan program Rancangan Malaya Kedua? (m/s 200)

A. Memperkenalkan Buku Merah
B. Menubuhkan Majlis Amanah Rakyat
C. Merangka Pelan Hidup Perindustrian
D. Melaksanakan Dasar Pertanian Negara

9. Apakah faedah yang diperolehi daripada sukan di bawah? (m/s 218)

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)

I. Menangkis ancaman luar
II. Memupuk semangat setia kawan
III. Menyatupadukan penduduk berbilang kaum
IV. Memupuk semangat kenegerian

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran di bawah?
(m/s 222)

Cabaran Kelapan Wawasan 2020

A. kekayaan negara dikongsi
B. Pelaburan asing ditingkatkan
C. Peluang pekerjaan ditambah
D. Budaya cemerlang diamalkan

11. X dalam rajah di bawah merujuk kepada (m/s 210)

• Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969
• Mengembalikan keharmonian kaum
• Pentadbiran selama 21 bulan

A. Jawatankuasa Kabinet
B. Majlis Gerakan Negara
C. Majlis Angkatan Tentera
D. Jawatankuasa Antara Kerajaan

12. Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi di bawah? (m/s 202-203)

KEROJA (Lembaga Kemajuan Johor
Tenggara)

KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)
DARA (Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara)
A. Nanas dan kopi
B. Kelapa dan koko
C. Tembakau dan teh
D. Getah dan kelapa sawit

13. Pernyataan di bawah merujuk kepada cabaran keempat Wawasan 2020

Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika

Apakah yang dapat merealisasikan cabaran tersebut? (m/s 221)

I. Kecemerlangan budaya
II. Kemampuan para pemimpin
III. Keunggulan institusi pemerintah
IV. Keberkesanan sistem pendidikan



A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan IIII
D. III dan IV

14. Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang ditubuhkan pada tahun 1973? (m/s 202)

A. Membangunkan industri desa
B. Mengawal kualiti hasil pertanian
C. Menjalankan penyelidikan pertanian
D. Membantu petani dalam kegiatan koperasi

15. Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar dapat dicapai? (m/s 198)
I. Menyatupadukan penduduk
II. Membuka kawasan pertanian baru
III. Menyediakan kemudahan pinjaman
IV. Menamatkan kutipan cukai pertanian

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

16. Apakah persamaan antara agensi berikut? (m/s 201)

- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

A. Merupakan badan berkanun
B. Mempunyai kementerian sendiri
C. Tidak mempunyai kuasa autonomi
D. Tidak mempunyai peruntukan kewangan

17. Rajah di bawah menunjukkan agensi yang memainkan peranan yang penting

Apakah peranan mereka? (m/s 198)

A. Membuka petempatan baru
B. Menggalakkan pelaburan saham
C. Memajukan kawasan luar bandar
D. Menubuhkan zon perdagangan bebas


18. Senarai berikut menjelaskan tentang kepentingan dasar kerajaan
• Meningkatkan produktiviti
• Meningkatkan perluasan pasaran
• Menyumbangkan kepada kekuatan politik






Apakah dasar yang dimaksudkan? (m/s 209)

A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Persyarikatan
C. Dasar Kependudukan
D. Dasar Pertanian Negara

19. Akta pelaburan digubal pada 1969. Apakah fungsinya? (m/s 201)

A. Menggalakkan kemunculan industri baru
B. Merancang dasar negara ke arah teknologi
C. Menggariskan program pembangunan negara
D. Menyediakan peraturan-peraturan perkilangan

20. Apakah yang ditekankan oleh program pembangunan in-situ? (m/s 206)

A. Menanam semula getah
B. Menggalakkan industri pelancongan
C. Menyediakan modal kepada industri kecil
D. Memulih kawasan berproduktiviti rendah

[BAB 9]

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1. Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?
(buku teks lama m/s 273/SPM 2004)
A. Kuasa raja dipulihkan
B. Kerajaan republik dibentuk
C. Semangat kebangsaan meningkat
D. Wujud pelbagai aliran parti politik

2. Mengapakah Malaysia menjalin hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain? (m/s 238/SPM 2004)

A Memperoleh bahan mentah
B Memerlukan pasaran modal
C Meningkatkan teknologi pertanian
D Mendapatkan bantuan ketenteraan

3. Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel?
(m/s 239/SPM 2004)
A Menjaga pendirian majoriti negara Islam
B Tidak mempunyai kepentingan ekonomi
C Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia
D Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

4. Rajah di bawah menunjukkan perjanjian multilateral yang disertai Malaysia
(m/s 240-242/SPM 2004)
Hubungan Luar Negara Malaysia
• Negara-negara Komanwel
• Negara-negara Berkecuali
• Negara-negara Selatan
Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara diatas?

I Menjamin keselamatan
II Mengukuhkan ekonomi
III Mengadakan pakatan ketenteraan
IV Memantapkan struktur pentadbiran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Rajah di bawah menyatakan sumbangan Malaysia dalam Komanwel

Tempat Sukan Tahun
Kuala Lumpur Komanwel 1998

Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas?
(m/s 244/SPM 2004)
A Mengukuhkan semangat perpaduan
B Melambangkan kekuatan negara peserta
C Memupuk kerjasama antara negara anggota
D Menunjukan kecekapan mengendalikan sukan dunia

6. Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan? (m/s 244/SPM 2004)

A Membantah campur tangan asing
B Mencadangkan pemerintah yang baru
C Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
D Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel

7. Jadual di bawah menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama

Pakatan Perbelanjaan US $
Pakatan Bertiga 125 bilion
Pakatan Kuasa Tengah 60 bilion

Antara berikut yang manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai pakatan tersebut?
(m/s 231/SPM 2005)
I Bebanan bertambah
II Kadar inflasi meningkat
III Pengangguran bertambah
IV Nilai mata wang meningkat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


8. Jadual di bawah menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.

Dasar luar Malaysia
Sebelum 1971 Pro-Barat
Selepas 1971 Berkecuali

Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?
(m/s 241/SPM 2005)
A Suasana yang aman di Vietnam
B Bantuan pertahanan dari Komanwel
C Pengaruh Britain di Timur berkurangan
D Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani

9. Jadual di bawah menunjukkan negara-negara yang mengadakan perjanjian dengan Malaysia

• Britain
• Australia
• New Zealand

Apakah tujuan Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara di atas?
(m/s 240/SPM 2005)
A Membeli peralatan perang
B Menjamin keselamatan negara
C Memulihkan hubungan diplomatik
D Meningkatkan kemasukan pelabur asing

10. Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa?
(m/s 231/SPM 2005)
A Kemelesetan ekonomi dunia
B Perluasan pengaruh komunis
C Kegagalan menghalang peperangan
D Pengisytiharan kemerdekaan kebanyakan negara


11. Jadual di bawah menyatakan objektif penubuhan NAM

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM )
• Ditubuhkan pada bulan September 1961
• Dianggotai oleh negara di Asia, Afrika dan Amerika Selatan

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas?
(m/s 249/SPM 2005)
I Mengekalkan keamanan dunia
II Menggalakkan pertukaran teknologi
III Mengukuhkan kerjasama pertahanan
IV Menggalakkan hubungan negara anggota

A I dan II
B. I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Rajah di bawah menyatakan suatu peristiwa hasil perkongsian Malaysia dalam ASEAN




Apakah kesan daripada mesyuarat di atas?
(m/s 258/SPM 2005)
A Pengisytiharan ZOPFAN
B Penentangan keganasan di Israel
C Penekanan kepada industri berat
D Perjanjian kerjasama ketenteeraan

13. Rajah di bawah merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19.







Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?
(m/s 230/SPM2006)
A Perebutan bahan mentah
B Peningkatan ekonomi dunia
C Permulaan persaingan kuasa
D Pembentukan perpaduan sejagat

14. Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?
(m/s 234/SPM2006)
I Membentuk kuasa baru
II Mewujudkan perpaduan kaum
III Membangunkan sektor ekonomi
IV Menghapuskan warisan penjajah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15. Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?
(m/s 244/SPM2006)
A Membiayai pengajian pelajar
B Memajukan sektor pertanian
C Menggalakkan aktiviti pelancongan
D Menyediakan kemudahan perubatan

16. Rajah di bawah menunjukkan perubahan teknologi di Malaysia.




Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia?
(m/s /SPM2006)
I Peningkatan kadar celik huruf
II Penyatuan dunia tanpa sempadan
III Pembentukan masyarakat berpengalaman
IV Pembentukan masyarakat yang berani mengkritik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945 ) bermula di Eropah?
(m/s 233/SPM2007)
A Rusia memasuki Berlin
B Jerman menyerang Poland
C Itali menceroboh Perancis
D Austria mengancam Serbia


18. Rajah di bawah menunjukkan dua buah pertubuhan serantau yang disertai Malaysia.


• Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) – 1961
• Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) – 1967

Kedua-dua pertubuhan di atas mempunyai matlamat yang sama, iaitu
(m/s 254/SPM2007)
A menyelaras sistem pentadbiran
B mengadakan pakatan ketenteraan
C mewujudkan kebudayaan serantau
D menjalinkan kerjasama pelbagai bidang

19. Perisitiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua.

Tarikh Perisitiwa
6 dan 8 Ogos 1945 Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?
(m/s 233/SPM2008)
A Menguji kekuatan senjata
B Mengingkari Perjanjian Versailles
C Mengelakkan perang berpanjangan
D Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

20. Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
(m/s 246/SPM2008)
Apakah sumbangan tersebut?

I Menentang dasar apartheid
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan penggunaan dinar emas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21. Jadual 4 berkaitan dengan Pertubuhan Pesidangan Islam (OIC).

Tahun 2002
Tempat Kuala Lumpur
Peristiwa Persidangan Luar Biasa Menteri-menteri Luar Pertubuhan persidangan Islam (OIC)

Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?
(m/s 252/SPM2008)
A Mewujudkan kerjasama ketenteraan
B Memerangi penyalahgunaan dadah
C Memulihara alam sekitar
D Menentang keganasan

No comments: